Tragedi kepala air: 9 mangsa sudah ditemukan setakat tengah hari

Iklan
Tujuh lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini ditemui setakat tengah hari ini sementara seorang lagi dikhuatiri masih hilang. - Foto JBPM Terengganu

KEMAMAN - Tujuh lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini ditemui setakat tengah hari ini sementara seorang lagi dikhuatiri masih hilang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, jumlah itu menjadikan seramai sembilan mangsa ditemui setakat ini termasuk penemuan dua mayat, Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, daripada orang awam pada jam 12.30 tengah hari Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai tiga mangsa telah disahkan identiti iaitu Azizah, Muhammad Zulqarnain Haikal dan Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, manakala identiti enam lagi mayat belum diketahui.

"Mayat mangsa, Muhammad Haziq Ziqree ditemui di Sungai Teladas dan Sektor B SAR pada jam 11.05 pagi tadi dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Balai Polis Air Putih.

Iklan

"Kesemua mayat itu ditemui di Sektor A dan Sektor B. Ada yang dijumpai di tebing dan ada yang tersangkut di pokok selain beberapa dijumpai terapung atas air," katanya kepada pemberita sempena sidang media di sini pada Isnin.

Pada Ahad, seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang.

Peta lokasi kejadian tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman.

Iklan

Pencarian untuk mencari mangsa lain diteruskan pada Isnin dengan diperluaskan ke tiga zon melibatkan pencarian radius seluas 32 kilometer (KM) persegi.

Difahamkan enam lagi mayat yang ditemui pada Isnin dalam proses untuk diangkat sebelum dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih.

Mangsa yang belum disahkan identiti setakat ini dikenali sebagai Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4, tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, berasal dari Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis

Tragedi kepala air: Operasi diperluas ke tiga zon babit 32 km

[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ