Harimau Malaya 'terbang' ke luar negara September

Iklan
Noor Azman - Foto Facebook FAM

TEKA-teki venue latihan skuad bola sepak negara terjawab apabila mereka akan 'terbang' ke luar negara buat julung kali pada tahun ini bagi mengharungi beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 September depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata, aksi skuad bimbingan Kim Pan-gon itu dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 23 September.

Iklan
Iklan

"Bagi perlawanan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) September depan, kita akan bermain di luar dan perincian lanjut akan diumumkan,” katanya.

Sebagai rekod dalam dua jendela aksi antarabangsa pada Mac dan Jun menyaksikan skuad Harimau Malaya mengharungi aksi di 'laman sendiri' apabila menjadikan Johor Bahru dan Kuala Terengganu sebagai medan menguji kemampuan pasukan.

Iklan

Latihan dan aksi persahabatan itu berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengulas pasukan yang akan menguji skuad Harimau Malaya, Noor Azman mengesahkan pasukan kebangsaan China adalah lawan yang bakal ditemui nanti dan akan beraksi di negara Tembok Besar itu.

Iklan

Satu lagi pasukan masih dirahsiakan oleh badan induk tersebut.

"Sudah tersebar khabar angin (pasukan yang dikaitkan menentang Malaysia). Apa pun pada September kita main di luar,” katanya.

Pasukan negara dalam rangka persediaan menghadapi Piala Asia di Qatar pada Januari tahun depan.