Tragedi kepala air: Tiga lagi jenazah dihantar ke HSNZ

Iklan
Tiga lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.

KUALA TERENGGANU - Tiga lagi jenazah mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk proses bedah siasat.

Tiga jenazah itu tiba kira-kira jam 4.30 petang pada Isnin dengan dibawa oleh kenderaan polis.

Iklan
Iklan

Ia menjadikan keseluruhan setakat ini lima jenazah telah dibawa ke hospital berkenaan.

Tiga jenazah baharu tiba adalah Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, yang ditemukan kira-kira jam 11.05 pagi diikuti dua lagi mangsa iaitu Putri Aryana Umaira Karim, 4 dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10 yang ditemukan sejam kemudian.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, identiti tiga mangsa itu dikenal pasti selepas proses pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga.

Sebelum ini dua jenazah mangsa iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, tiba di HSNZ kira-kira jam 10 pagi.

Iklan

Mayat kedua-dua mangsa sebelum itu ditemukan orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Ahad.

Difahamkan, setakat ini enam mangsa tragedi kepala air telah ditemukan manakala empat lagi masih hilang.