KEMAMAN - [KEMAS KINI] Polis mengesahkan hanya enam mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini ditemukan setakat ini dan bukannya sembilan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, terdapat kekeliruan laporan sebelum ini yang menyatakan sembilan mangsa ditemui pada Isnin susulan masalah komunikasi di lokasi pencarian dengan Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih.
"Enam individu itu termasuk dua mangsa ditemui pada Ahad iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.
Susulan itu, operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini diperluaskan ke tiga zon melibatkan pencarian radius seluas 32 kilometer (km) persegi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Hanyan Ramlan berkata, operasi itu diteruskan pada jam 9 pagi melibatkan 163 anggota dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta serta dibantu dua unit anjing pengesan K9 JBPM.
Mengulas lanjut, Mazli berkata, bagaimanapun tiga mayat lain yang ditemui belum dikenal pasti identiti mereka manakala seorang lagi dikhuatiri masih hilang.
Menurutnya, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran berikutan mengalami sedikit masalah komunikasi.
"Alat komunikasi tidak boleh berfungsi dan hutan ini agak tebal serta berbukit bukau.
"Kekuatan pelbagai agensi akan terus mencari sampai 5 petang dan selebihnya operasi akan disambung esok," ujarnya.
Beliau menambah operasi pada Isnin ditamatkan pada 5 petang susulan mengambil kira keadaan faktor cuaca.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis
Tragedi kepala air: Operasi diperluas ke tiga zon babit 32 km
[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ