KUALA KRAI - Jenazah salah seorang mangsa nahas kemalangan yang melibatkan enam maut di Kilometer 348, Jalan Kuala Lumpur- Kota Bharu di Raub, kelmarin selamat dikebumikan tengah malam tadi.
Jenazah Nasrul Fakhri Mansor, 38, yang berasal dari Kuala Krai disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Balai, di sini pada jam 12 tengah malam.
Iklan
Iklan
Terdahulu, Allahyarham Nasrul bersama isteri, Hartini Mokhtar, 37,dan dua anaknya Nur Faqihah, 4, Nur Fateen Sufi, setahun disembahyangkan di Masjid Batu Balai sebaik jenazah tiba dari Hospital Raub jam 11 malam.
Selesai solat jenazah Nasrul Fakri dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu Balai untuk dikebumikan sementara jenazah isteri dan dua anaknya dikebumikan di Jertih.
ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menjelang Ramadan