SHAH ALAM - Sekali pandang, rupa parasnya saling tidak tumpah seperti rakyat tempatan namun, siapa sangka wanita jelita yang kerap bersiar-siar di tengah bandar Tokyo, Jepun dan sering berkongsi videonya di platform TikTok merupakan rakyat Malaysia.
Menerusi video berdurasi 31 saat di TikTok, wanita yang lebih dikenali dengan nama Gii itu memaparkan aktiviti travelog di sekitar kawasan utama di kota raya tersebut termasuk Asakusa, dengan lengkap berbusana tradisional Kimono.