Tujuh dekad masih teguh

Iklan
Gnasergaran menyusun peralatan yang digunakan untuk menggunting rambut pelanggan.

GOPENG - Kedai gunting rambut berusia lebih tujuh dekad belum sedia menutup operasinya meskipun bangunan di Kampung Kepayang, Sungai Raya di sini, sudah dimamah usia.

Premis yang diusahakan oleh R Gnasergaran, 72, masih teguh beroperasi dan menjadi tumpuan masyarakat sekitar bagi mendapatkan khidmatnya.

Iklan
Iklan

Mengekalkan gaya retro sejak 1952, bapa kepada empat anak itu tidak pernah jemu menata rias rambut pelanggannya tidak kira usia dan bangsa.

Menurut Gnasergaran, kebanyakkan pelanggan masih setia menggunakan khidmatnya terutama menjelang perayaan meskipun keadaan bangunan sudah uzur dan lama.

Iklan

"Saya buka setiap hari kerana tinggal bersebelahan dan terima antara 15 hingga 30 pelanggan setiap hari.

Deretan rumah kedai di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur ini dipercayai dibina sejak tahun 1885 dan kininhanya tiga kedai sahaja beroperasi termasuk kedai gunting rambut milik Gnasergaran.

"Namun, kemeriahan lebih terasa apabila dekat raya, kadang-kadang sampai malam pelanggan datang untuk gunting rambut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya.

Iklan

Dia yang mengambil alih perniagaan milik bapanya itu mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menaik taraf pekan tersebut.

"Deretan bangunan ini dipercayai dibina pada penghujung kurun ke-18 dan masih mengekalkan bentuk asal sehingga kini.

"Pekan ini antara yang tersibuk ketika itu kerana ada kedai runcit dan kedai kopi selain menjadi laluan utama pedagang mendapatkan bahan mentah termasuk bijih timah.

"Kini hanya ada tiga kedai beroperasi di sini termasuk saya. Kalau dinaik taraf, saya fikir ia boleh setanding dengan pekan kecil sekitar Ipoh hingga menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

Tambah Gnasergaran, dia juga tidak menolak sebarang pembangunan berikutan deretan kedai itu berhampiran dengan laluan utama ke Gopeng dan Ipoh.

Gnasergaran (kanan) berbual dengan saudaranya yang turut bekerja menggunting rambut di kedainya di Kampung Kepayang, Sungai Raya.

"Kalau dipelihara warisan ini lagi elok tetapi perlu dirobohkan, kita sebagai rakyat terbuka untuk lihat kemajuan kawasan ini demi kebaikan semua.

"Saya sampai akhir hayat mahu meneruskan kerja ini namun, jika diberikan pampasan yang sewajarnya saya akan terus pencen daripada gunting rambut,” katanya.