JDT mungkin ada pemain baharu?

Iklan
Sebahagian pemain JDT meraikan kemenangan ke atas KL City FC, pada Isnin. - Foto FB Johor Southern Tigers

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari tidak menolak kemungkinan skuad Harimau Selatan itu bakal membawa masuk pemain baharu pada jendela perpindahan dibuka 5 Julai ini.

Bagaimanapun menurutnya, sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan dibuat oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ, selaku pemilik kelab berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ini (perpindahan pemain) merupakan antara peraturan (dalam bola sepak). Mana-mana pasukan pun boleh menandatangani atau membawa masuk pemain-pemain baharu.

"Apa pun, kami sentiasa menitik beratkan kesempurnaan bagi pasukan ini agar sentiasa bersedia untuk mengharungi baki perlawanan musim ini,” katanya.

Iklan

Solari berkata demikian pada sidang media sejurus tamat aksi Liga Super berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin yang menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menang 6-1.

Sementara itu, Solari berkata, kesemua pemain skuad Harimau Selatan itu telah mempamerkan aksi terbaik bagi menghasilkan kemenangan ‘besar’ berkenaan.

Iklan

Justeru katanya, aksi sedemikian diharap berterusan dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan pada perlawanan akan datang.

"Saya gembira dengan aksi daripada semua pemain, Diogo (Santo) menjaringkan hatrik, Feroz (Baharuddin) juga pemain yang penting di benteng pertahanan walaupun masuk sebagai pemain gantian.

"Selain itu, Safiq (Rahim) dan Akhyar (Rashid) juga membuktikan mereka sentiasa bersedia...walaupun masuk selaku pemain gantian mereka turut menjaringkan gol,” katanya.