Budak perempuan maut jatuh dari tingkat 10

Iklan
Mangsa ditemukan di tingkat satu bangunan apartment Ganggarak Permai, Labuan.

LABUAN - [KEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan apartment Ganggarak Permai, di sini pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, mayat mangsa ditemukan di tingkat satu bangunan berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak warga tempatan itu tinggal di tingkat 10 dipercayai telah terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartment tersebut.

Katanya lagi, mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan dan di diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

Iklan

"Siasatan awal polis mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222," katanya.

Iklan