Petani rugi jutaan ringgit akibat benteng pecah

Iklan
Penduduk melihat keadaan tanaman mereka yang rosak dan terbantut akibat benteng air laut pecah dari Kampung Sungai Suluh sehingga Tanjung Laboh, Batu Pahat

BATU PAHAT - Lebih 80 petani di Kampung Kelicap dan Kampung Sungai Suluh di Tanjung Laboh di sini mendakwa terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit selepas tanaman diusahakan ditenggelami air masin hampir sepanjang tahun.

Seorang petani, Khalid Kader, 55, berkata, masalah berkenaan bermula sejak 2018 berpunca daripada benteng penahan air laut sepanjang kira-kira tiga kilometer pecah dan masuk ke kawasan kebun.

Iklan
Iklan

Dia mendakwa, air masin masuk setiap kali air pasang dan antara sebab benteng itu ditembusi air laut kerana tidak diselenggara dengan sempurna selain struktur binaannya hanya menggunakan batu untuk 300 meter dan selebihnya menggunakan tanah.

Petani mendakwa terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit selepas tanaman diusahakan ditenggelami air masin hampir sepanjang tahun.

"Akibatnya, beberapa kawasan berlaku runtuhan benteng dan menyebabkan air laut masuk ke dalam kebun sebelum bertakung untuk tempoh lama.

Iklan

"Keadaan ini menjejaskan tanaman yang diusahakan penduduk seperti kelapa mataq, tacunan dan pandan selain tanaman kelapa sawit," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Khalid berkata, air laut yang masuk kebun juga lambat keluar kerana hanya ada satu pintu air selain terpaksa menunggu Sungai Suluh kering baru air dari dalam kebun boleh mengalir keluar.

Iklan

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan tanaman yang diusahakan mati selain tidak boleh mengeluarkan hasil sekali gus mengakibatkan semua petani kehilangan hasil pendapatan.

Penduduk melihat keadaan benteng air laut yang pecah dan masuk ke kawasan kebun mereka.

Sementara itu, penduduk Kampung Kelicap, Nordin Daiman, 68, berkata, tanaman yang diusahakan penduduk seluas kira-kira 121 hektar dan turut ditanam tanaman kontan seperti pisang, betik dan jambu.

Ujarnya, semua petani kesal kerana penyelenggaraan yang dilakukan hanya seperti melepas batuk di tangga dan akan rosak semula dalam tempoh sebulan dua sahaja selepas benteng yang roboh dibaiki.

"Untuk itu, kami mengharapkan agar ada tindakan drastik serta boleh bertahan lama selain inisiatif mengeluarkan air dalam tempoh singkat agar untuk pertanian dapat diusahakan dengan sempurna.

"Secara hakikatnya, kelapa yang dihasilkan penduduk di sini adalah sebahagian daripada hasil pengeluaran negeri Johor bagi menampung keperluan seluruh negeri," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Yuslah Ismail ketika dihubungi berkata, masalah kemasukan air laut itu sudah dibawa kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Johor.

Khalid (dua dari kanan) bersama penduduk setempat menunjukkan keadaan pokok kelapa yang diusahakan terjejas akibat benteng dari Kampung Sungai Suluh sehingga Tanjung Laboh, Batu Pahat, pecah

Dalam pada itu, Penolong Jurutera JPS Batu Pahat, Anas Mohamed berkata, pembinaan benteng menggunakan kayu bakau dan 'geotextile' akan dilakukan tidak lama lagi yang mampu mengatasi masalah itu dari Kampung Sungai Suluh hingga Tanjung Labuh.

Beliau menjelaskan, benteng sedia ada sepanjang kira-kira empat kilometer itu sebenarnya dibina diatas tanah milik persendirian iaitu petani terbabit dan bukan atas tanah rezab kerajaan.

"Dari segi 'title' tanah itu telah menyukarkan JPS membina benteng dan benteng sedia ada sekarang adalah bersifat sementara, namun JPS tidak abaikan masalah ini dan lantikan kontraktor bagi kerja-kerja membaiki benteng pecah sedang dalam proses," katanya.