KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang meninggal dunia tengah malam tadi.
Perdana Menteri berkata, jasa dan pengorbanan bekas Ahli Parlimen Kalabakan itu kepada negara dan negeri Sabah akan sentiasa dikenang buat selamanya.