Kereta terbang mirip filem 'Back to the Future' dibuka untuk tempahan

Iklan
Kereta terbang pertama bakal didapati di pasaran 2025. - Agensi

CALIFORNIA - Sebuah syarikat teknologi di California, Alef Aeronautics (AA) baharu menerima pensijilan kelayakan udara khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk menggunakan kereta terbang prototaip elektriknya.

Penerimaan kelayakan tersebut sekali gus membolehkan kereta dua tempat duduk itu boleh menjalani ujian di darat dan udara.

Iklan
Iklan

Model A didatangkan dengan kuasa elektrik atau hidrogen dan kelajuan boleh mencecah 321kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 117 km/j di udara dengan caj penuh.

Menurut AA, kereta itu mempunyai rekaan kabin berputar yang membenarkan ia bergerak ke mana-mana arah sambil memastikan pemandu dan penumpang stabil sepanjang perjalanan.

Iklan

Setakat ini, syarikat itu hanya membuka tempahan Model A dengan harga bermula AS$300,000 (RM1.3 juta) walaupun mereka sudah menerima permintaan sejak ia diperkenalkan pada Oktober 2022.

Katanya, selepas menerima pensijilan daripada FAA, Model A akan mula dikeluarkan pada suku keempat 2025, dengan produk siap dihantar kepada pembeli tidak lama kemudian. - Agensi

Iklan