Dua maut dihempap timbunan kayu, kotak berisi kurma

Iklan
Kedua-dua pekerja warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BUKIT MERTAJAM - Dua pekerja stor penyimpanan buah kurma di kawasan perindustrian Bukit Minyak di sini maut selepas ditimpa timbunan kayu pallet dan kotak berisi buah kurma pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, kedua-dua pekerja warga Bangladesh berkenaan dikatakan sedang membuat kerja dan rutin harian menyusun kotak sebelum ditimpa timbunan kayu yang tiba-tiba runtuh.

Iklan
Iklan

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam timbunan berkenaan sebelum beberapa pekerja lain menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Iklan

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya ditarik keluar oleh pekerja lain dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.

Iklan

"Setakat ini kita masih belum mengenal pasti identiti dua mangsa yang terlibat ini dan mayat mereka akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.