KUALA TERENGGANU - Adinda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Norhana Almarhum Sultan Mahmud mangkat pada jam 4.52 pagi Selasa di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, jenazah Tengku Norhana tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang ini dengan menggunakan pesawat khas.