Malaysia hantar nota bantahan kepada Kedutaan Vietnam

Iklan
Saifuddin menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Indera Mahkota di Masjid Semambu, di sini hari ini.

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Vietnam dalam masa terdekat berikutan pencerobohan nelayan dari negara itu di perairan negara.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia juga akan meminta penjelasan daripada kedutaan negara tersebut mengenai perkara berkenaan dalam mencari penyelesaian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya juga akan melakukan rundingan bersama negara Vietnam mengenai penyerahan semula bot-bot dan kapal-kapal jika ditahan di negara tersebut.

"Dalam kes pencerobohan perairan di Malaysia oleh nelayan asing, pihak berkuasa kita selalunya akan mengambil tindakan usir atau pun menahan bot-bot mereka jika melakukan kesalahan.

Iklan

"Jika kita tangkap pun, kita akan ikut prosedur ditetapkan kerana kita tidak menggalakkan untuk menangkap nelayan yang masuk ke perairan negara," katanya kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Indera Mahkota, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan dua bot nelayan warga Vietnam ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan di sekitar Laut China Selatan kerana menangkap ikan di perairan negara.

Iklan

Kebelakangan ini juga, penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) banyak menahan nelayan asing dari Vietnam di perairan negara.

Dalam pada itu, Saifuddin juga berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kira-kira lima bot nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sepanjang tahun ini.

Tambahnya, kebanyakan dari bot itu ditahan selepas memasuki sempadan perairan Indonesia di Selat Melaka.

"Kita dan Indonesia mempunyai perjanjian iaitu nelayan dari kedua-dua yang melewati sempadan akan diusir namun kita ada masalah untuk dapatkan balik bot yang ditahan.

"Di Selat Melaka memang agak mudah nelayan tersasar kerana perairan yang sempit dan kita akan cuba sedaya upaya untuk bantu," katanya.