3,000 sokong Proklamasi Melayu di Kluang

Iklan
Mohd Ridzuan (tengah) menerima borang pungutan suara Proklamasi Melayu daripada Kamalariffin (kiri) di Kluang pada Selasa.

KLUANG - Seramai 3,004 individu dari daerah ini menyokong Proklamasi Melayu hasil daripada pungutan suara oleh Seketariat Gabungan Ikhlas Malaysia (Ikhlas) selama dua minggu.

Pengerusi Ikhlas, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Proklamasi Melayu itu bertujuan mendapatkan pandangan dan pungutan suara mengenai penyatuan orang Melayu.

Iklan
Iklan

"Terdapat 12 perkara yang dititikberatkan membawa kepada perlunya penyatuan orang Melayu melalui pungutan suara ini.

"Dengan penyatuan ini akan memberikan kuasa yang lebih kuat kepada orang Melayu untuk menntadbir negara seterusnya membawa kepada kemajuan bangsa pada masa akan datang," katanya.

Iklan

Mohd Ridzuan berkata demikian selepas menerima borang pungutan suara Proklamasi Melayu daripada Pengerusi Ikhlas Johor, Kamalariffin Abdul Rahman di sini pada Selasa.

Tambahnya lagi, sasaran pungutan suara daripada Ikhlas adalah seramai 100,000 orang dan sehingga kini sudah memperoleh kira-kira 10,000 sokongan selepas dua minggu digerakkan.

Iklan

Ujarnya, antara negeri-negeri yang sudah digerakkan adalah Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Negeri-negeri lain serta negeri yang sudah digerakkan akan diteruskan sehingga memperoleh sekurang-kurangnya 1 juta sokongan," katanya.