Lima empangan utama berada pada paras amaran

Iklan
SPAN memaklumkan lima empangan utama berada pada paras amaran.

SHAH ALAM - Lima dari 43 empangan utama di empat negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berada pada paras amaran.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, Empangan Muda di Kedah terkesan teruk dan berada pada paras bahaya.

Iklan
Iklan

"Empangan Timah Tasoh (Perlis) mencatatkan paras semasa 26.92 meter (m) iaitu 45.9 peratus simpanan manakala Empangan Teluk Bahang (Pulau Pinang) dan Sembrong Barat (Johor) masing-masing dengan 46.3 peratus (35.55 m) dan 44.24 peratus (9.11 m)

"Empangan Malut (Kedah) pula mencatatkan paras semasa simpanan 45.1 peratus (67.62 m) manakala Empangan Pedu dengan 57 peratus (88.97 m)," katanya menerusi ciapan di laman Twitter pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu SPAN menjelaskan, paras simpanan air mentah minimum dan kritikal setiap empangan adalah berbeza.

Bagi tujuan bekalan air, agensi itu memaklumkan paras amaran dikira apabila mencapai 60 peratus paras simpanan manakala bahaya pada paras 30 peratus.

Iklan

SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 - 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: warroom@span.gov.my serta laman sesawang https://warroom.span.gov.my untuk maklumat lanjut.