Taliban larang operasi salun kecantikan di Afghanistan

Iklan
Taliban melarang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini. - Foto AFP

KABUL - Taliban melarang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini, menurut Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Afghanistan pada Selasa.

"Pengoperasian salun kecantikan wanita di Kabul dan wilayah-wilayah lain di negara itu akan dilarang dalam tempoh tertentu, lesen dan kontrak yang dikeluarkan adalah tidak sah," memetik surat kementerian yang dihantar kepada pentadbiran Kabul.

Iklan
Iklan

Beberapa wanita Afghanistan memberitahu Sputnik bahawa mereka bekerja di salun kecantikan untuk menyara keluarga kerana suami mereka menganggur.

Seorang lagi wanita yang menjalankan salun kecantikan menyeru pentadbiran Taliban supaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk lelaki.

Iklan

Sputnik telah menghubungi wakil pentadbiran Kabul, namun pegawai itu tidak dapat memberikan sebarang maklumat khusus mengenai perkara berkenaan.

Taliban telah menyekat hak wanita untuk mengembara, belajar dan bekerja sejak ia menguasai Afghanistan pada Ogos 2021, berikutan pengunduran tentera asing dan kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat.

Iklan

Pada Disember 2022, wanita Afghanistan dilarang bekerja untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO). - Bernama