Persembahan KL City ibarat sedang bercuti

Iklan
Pemain JDT Bergson Da Silva (tengah) ketika menentang Kuala Lumpur City dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin. - Foto: Bernama, gambar kecil: Bojan Hodak

KEGAGALAN memberikan sepenuh tumpuan disifatkan sebagai punca kekalahan 1-6 Kuala Lumpur City kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada Isnin.

Malah, tanpa berselindung pengendali Kuala Lumpur City, Bojan Hodak mengakui jiwa para pemain Kuala Lumpur City tidak berada dalam perlawanan tersebut biarpun finalis Piala FA 2023 itu turun tanpa lima pemain tonggak.

Iklan
Iklan

"Apabila anda memulakan rentak permainan dengan aksi hambar, anda sebenarnya hanya menunggu masa pasukan lawan untuk memanfaatkan peluang, dan itulah yang berlaku dalam perlawanan ini.

"Dan apabila pasukan bolos dua gol dalam tempoh dua minit itu bukan satu petanda yang baik buat pasukan tambahan pula berdepan pasukan pilihan seperti JDT.

Iklan

"Saya menurunkan para pemain yang tidak mendapat peluang beraksi sebelum ini, sebaliknya hanya dua tiga sahaja beraksi baik selebihnya boleh diibaratkan sedang bercuti apabila beraksi tanpa memberikan tekanan kepada pasukan lawan dalam perlawanan ini,” katanya.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan kendalian Estaban Scolari meraih kemenangan ke-15 liga menerusi gol yang dijelmakan Diogo Luis Santo minit ke-12, (m-33), (m-44), Arif Aiman Hanapi (m-13), Safiq Rahim (m-86) dan Akhyar Rashid (m-88) manakala jaringan sagu hati The City Boys dihasilkan Matko Zirdum minit ke-54.

Iklan

Dalam pada itu, pengendali dari Croatia tersebut menyifatkan para pemainnya terbawa-bawa aura perlawanan akhir Piala FA ketika berdepan pasukan tuan rumah yang menjadi lawan mereka musim ini.

"Sejujurnya masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perlawanan akhir Piala FA kerana terdapat dua perlawanan lagi.

"Para pemain harus serius untuk dua aksi liga nanti kerana dari situ saya akan tentukan siapa akan beraksi di final dan bukan bermain sambil lewa tanpa menunjukkan semangat melawan terhadap pasukan lawan," katanya.

Biarpun begitu Hodak mengakui para permain berusaha untuk kembali semula ke dalam permainan menerusi beberapa percubaan terhadap pertahanan pasukan Harimau Selatan.

Namun mengakui para pemainnya agak keletihan menyaksikan beberapa kesilapan mudah dijelmakan sepanjang tempoh tersebut.