KEMAMAN - Operasi hari keempat mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih dekat sini diteruskan pada 9 pagi, Rabu.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu melibatkan 174 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain turut dibantu orang awam.
Menurutnya, operasi pada hari ini diteruskan dengan pencarian di air menerusi selaman ke kawasan yang dikenal pasti sebagai 'hotspot' melibatkan pasukan penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dan Polis Marin PDRM.
"Kita akan kecilkan pencarian di sektor A dengan kekuatan seramai 20 orang melibatkan JBPM, PDRM dan unit anjing pengesan K9.
"Kita beri tumpuan sektor B dan C. Kaedah pencarian pada hari ini diperluas dengan carian secara darat dan 'rafting' dalam air," katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Azman berkata, pencarian di sektor B pula dipecahkan kepada dua subseksyen iaitu dengan keanggotaan masing-masing 30 dan 38 anggota.
Katanya, baki anggota SAR akan memberi perhatian di sektor C sehingga ke perangkap sampah di muka kuala Sungai Kemaman.
Dalam pada itu, Azman berkata, cuaca pada hari ini baik selain paras air sungai berada dalam keadaan normal.
"Semalam kita tak menerima sebarang hujan walaupun ada petunjuk awan gelap. Hari ini kita akan terus melakukan pencarian mencari dua lagi mangsa yang dipercayai lemas," ujarnya.
Sebelum ini, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.
Mayat pertama, Azizah Eiyi, 40, ditemui jam 12.45 tengah hari Ahad kira-kira 24 km dari lokasi kejadian manakala Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemui tersangkut kira-kira jam 3 petang hari yang sama.
Pada Isnin, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Putri Aryana Umaira; 4, Putri Nurerina Natasya; 10, dan bapa mereka, Karim Abdullah, 39, yang ditemui lemas sudah disahkan identiti oleh keluarga mereka.
Sebelum itu, Muhammad Haziq Ziqree, 6, ditemui terapung oleh pasukan pencarian pada jam 11.05 pagi.
Pada Selasa, dua mangsa dikenali sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan Putri Alleya Maisarah Karim,16 ditemui lemas dan merupakan mayat ketujuh dan kelapan dijumpai setakat ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan
Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati
Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa
Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata
'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'
Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3