Kelantan United 'ikat' pemain Uzbekistan

Iklan
Kelantan United terus bernafsu mengukuhkan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super apabila mengikat pemain kelahiran Uzbekistan Sirojiddin Rakhmatullaev (tengah).

KELANTAN United terus bernafsu mengukuhkan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super apabila mengikat pemain kelahiran Uzbekistan Sirojiddin Rakhmatullaev.

Pemain tengah itu menjadi pemain import keempat dibawa masuk dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, Sang Kijang Hijau mengikat dua 'oppa' dari Korea Selatan, Kim Min Kyu dan Kim Deok.

Sebelum itu, Kelantan United mengikat penggempur berbisa jiran tetangga Kelantan FC Ismaheel Akinade.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, kehadiran Rakhmatullaev mampu memperkasakan lagi jentera tengah pasukan.

Ujarnya, pengalaman luas dimiliki dalam saingan Liga Utama Uzbekistan dan Liga Bangladesh di harap dalam membantu pasukan apabila diturunkan nanti.

Iklan

"Insya-ALLAH, Kelantan United tekad memberikan saingan sengit dalam baki saingan Liga Super selepas ini.

"Hasrat kita, mahu keluar daripada kelompok bawahan Liga Super pada penampilan pertama musim ini," katanya.