Potensi Almada tarik minat kelab EPL

Iklan
Almada - Foto Agensi

PEMAIN meningkat naik, Thiago Almada yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 dikhabarkan berada dalam radar dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) di Manchester.

Bintang Atlanta United yang beraksi dalam kancah Liga Bolasepak Utama (MLS), Amerika Syarikat itu beraksi cemerlang bersama kelabnya apabila meledak lapan gol dan menghasilkan lapan bantuan jaringan daripada 18 penampilan pada musim lalu.

Iklan
Iklan

Dalam aksi final di Qatar, pemain tengah berusia 22 tahun itu masuk sebagai pemain dan secara keseluruhan dia memiliki empat kap dan satu gol di pentas antarabangsa.

Laporan mengaitkannya dengan kelab EPL itu dinyatakan wartawan Argentina, Bruno Gonzalez Garcia yang mendakwa City dan United sudah menghubungi Atlanta dengan potensi perpindahan pemain berkenaan.

Iklan

Almada dianggap antara pemain terbaik dalam kancah MLS sehinggalah rakan sepasukannya di Argentina, Lionel Messi menyertai Inter Miami pada bulan ini.

Pada ketika dia menjadi sasaran kelab Eropah, minat ditunjukkan United dan City itu agak mengejutkan.

Iklan

Potensi Almada turut menarik minat Messi ketika mereka berlatih bersama skuad Argentina ketika kem latihan sebelum Piala Dunia lalu.

"Dia sangat cerdik dan apa sahaja halangan di hadapan. Dia tetap mara ke arah anda,” ujar Messi.

Aksi cemerlang Almada sudah bermula pada hari pertama musim MLS pada 25 Februari lalu apabila dia menjaringkan dua gol dari jarak jauh bagi membantu Atlanta bangkit untuk menang 2-1 ke atas San Jose Earthquakes.