Letupan kuat gegar timur Ukraine

Iklan
Keadaan bangunan yang musnah akibat serangan peluru berpandu di ibu kota Ukraine, Kyiv pada awal 24 Jun 2023. - (Foto oleh SERGEI SUPINSKY / AFP)

MOSCOW - Seramai 25 orang cedera dalam serangan artileri di bandar Makiivka, timur Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa Rusia.

Ketua yang dilantik Moscow bagi wilayah Donetsk, Denis Pushilin, menerusi saluran Telegramnya pada awal Rabu berkata, dua kanak-kanak adalah antara yang cedera dalam serangan di bandar itu.

Iklan
Iklan

"Letupan itu dirasai majoriti penduduk Makiivka dan Donetsk,” katanya sambil mendakwa bangunan kediaman, hospital, sekolah dan tadika turut rosak.

Saluran Telegram StratCom Ukraine memaparkan rakaman menerusi telefon bimbit mengenai letupan kuat yang melanda bandar itu sambil mendakwa ia adalah serangan ke atas pangkalan tentera Rusia.

Iklan

Ukraine mendakwa letupan kuat itu disebabkan oleh depot bahan api turut terkena bedilan.

Menurut blog tentera Rusia, roket artileri HIMARS, yang diperoleh dari Amerika Syarikat, digunakan untuk membedil.

Iklan

Sebelum ini, Pushilin mendakwa dua maut akibat serangan di wilayah Donetsk. - Bernama.