Dugaan banjir, ribut sebelum Ramadan

Iklan
Bahagian bumbung sebuah rumah yang rosak serta keadaan banjir yang melanda Pusat Bandar Parit Buntar malam semalam.

PARIT BUNTAR - Persiapan sebahagian penduduk pusat bandar Parit Buntar di sini menyambut Ramadan bermula esok terjejas apabila 100 rumah dan 50 premis rumah kedai dinaiki banjir malam semalam.

Sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian berkata, keadaan hujan lebat berterusan lebih satu setengah jam menyebabkan lima kawasan dinaiki air setinggi 0.3 meter bermula jam 8.20 malam.

Iklan
Iklan

"Antara kawasan dikenal pasti terjejas adalah Taman Seri Wangsa, Taman Semarak, Taman Wawasan, Pusat Bandar Parit Buntar dan Pejabat Kawasan JPS Simpang 3.

"Selain itu, masalah limpahan air parit tidak dapat dialirkan ke sungai turut menjadi punca banjir kilat berlaku. JPS menganggarkan keluasan kawasan terjejas sekitar 20 hektar," katanya kepada media di sini.

Iklan

Sementara itu, kejadian ribut kencang dan hujan libat turut menyebabkan lima rumah terjejas di kawasan Batu 10, Tanjung Piandang awal pagi tadi.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, lima keluarga terkesan selepas kejadian ribut menjejaskan bahagian bumbung rumah mereka.

Iklan

"Saya akan hadir melawat keadaan rumah mereka pada petang ini, seterusnya menyerahkan bantuan awal," katanya.