Tentera Israel mula berundur dari Jenin

Iklan
Gambar dron menunjukkan orang ramai berjalan di kawasan bangunan yang musnah selepas serbuan tentera Israel di bandar Jenin Tebing Barat pada Rabu. - Foto EPA

TEL AVIV - Israel mula mengundurkan tenteranya dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut tentera Israel, pasukan pertama meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa.

Iklan
Iklan

Tidak dapat dipastikan berapa lama masa akan diambil untuk proses pengunduran itu.

Menurut laporan Palestin, berlaku pertempuran sengit dengan penduduk di bandar itu.

Iklan

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan konvoi tentera dibaling dengan bahan letupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Jenin terpaksa jadi pelarian

Iklan

Serangan Israel di Jenin Barat ibarat peristiwa Nakba

Israel teruskan operasi ketenteraan di Jenin, korban meningkat

Pada Isnin, Israel dilaporkan melancarkan satu daripada operasi ketenteraan di Tebing Barat, yang disifatkan terbesar dalam tempoh beberapa dekad.

Ribuan tentera bergerak ke bandar Palestin selepas melancarkan beberapa serangan udara.

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Menurut tentera, tujuan operasi itu adalah untuk membongkar"infrastruktur pengganas". Beberapa markas, depot senjata, kemudahan pengeluaran senjata dan tempat persembunyian militan telah dimusnahkan.

Selain itu, 30 suspek turut ditahan. - Bernama/dpa

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan 'paling ganas' Israel di Tebing Barat tempoh 20 tahun

Palestin putuskan hubungan dengan Israel

Operasi ketenteraan Israel di Jenin 'jenayah perang baharu'

Israel-Palestin di ambang perang?

Israel lancar serangan udara di Tebing Barat

Israel larang imam Masjid Al-Aqsa ke luar negara sebulan