Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 11 negeri hari ini sehingga jam 6 petang. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 11 negeri hari ini sehingga jam 6 petang.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pada 2.45 petang memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perak meliputi Larut; Matang; Selama; Kuala Kangsar Manjung; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Iklan
Iklan

Selain itu, Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) manakala Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor; Gombak dan Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau).

Iklan

Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula di daerah Kuching (Bau dan Kuching), Sarikei (Julau) Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Miri.

Iklan

Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.