MCA tidak tanding PRN di enam negeri

Iklan
Datuk Chong Sin Woon

SHAH ALAM - MCA tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu,Kelantan dan Negeri Sembilan bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis serta mengambil kira situasi politik semasa di mana parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh ini, MCA akan lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya lagi, dalam masa sama, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan membantu calon-calon parti komponen BN di dalam PRN enam negeri ini kelak.

Iklan
Iklan

"Ditegaskan bahawa MCA berpegang teguh kepada falsafah penubuhan parti kami, iaitu mana-mana keputusan yang diambil parti haruslah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesederhanaan, kebebasan dan demokrasi, di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami,” ujarnya