Putin masih percaya kemenangan Rusia ke atas Ukraine

Iklan
Putin - Foto Sputnik/AFP

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata beliau tetap yakin dengan kemenangan Moscow menentang Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Tiada keraguan mengenainya," katanya pada Selasa ketika pertemuan dengan graduan universiti pentadbiran awam, lapor Agensi Berita TASS.

Iklan
Iklan

Pemimpin Rusia itu telah mengarahkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Pada masa itu, beliau menyebut mengenai perlindungan terhadap penduduk yang bertutur bahasa Rusia di Ukraine dan operasi ketenteraan negara jiran sebagai matlamatnya.

Iklan

Di samping itu, atas faktor keselamatan negara, Rusia terpaksa menghalang Ukraine daripada menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata Putin.

Operasi ketenteraan telah berlanjutan lebih 16 bulan, Rusia masih menduduki kawasan luas di Ukraine tetapi masih jauh dari mencapai matlamat perangnya. - Bernama/dpa

Iklan