Kantin sekolah, pejabat Jakoa terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran pejabat Jakoa Daerah Gombak dan Petaling di Kampung Sungai Chinchin, di sini, musnah dalam kebakaran, pada Rabu.

GOMBAK - Pejabat Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) Daerah Gombak dan Petaling di Kampung Sungai Chinchin, di sini, musnah dalam kebakaran, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.35 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai 21 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Gombak dan Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan pejabat kelas C musnah 80 peratus dan sebuah kontena telah musnah sepenuhnya dalam kejadian itu. Kebakaran berjaya dikawal jam 2.08 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah kantin di Petaling Jaya, pada Rabu.

Iklan

Dalam kejadian berasingan, kantin sebuah sekolah rendah di SS5, di Petaling Jaya musnah 50 peratus dalam kebakaran.

Wan Md Razali berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.08 petang.

Iklan

"Seramai 18 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya serta Jalan Penchala bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan premis kantin kelas A, kebakaran berjaya dikawal jam 2.41 petang dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.