Harga petrol, diesel kekal hingga 12 Julai

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok hingga 12 Julai, kata Menteri Kewangan (MOF).

MOF dalam satu kenyataan hari ini berkata, RON97 kekal pada RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Iklan
Iklan