Tragedi kepala air: PKTK ditutup kerana gagal temui petunjuk

Iklan
Anggota penyelamat membawa anjing pengesan dari Unit Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Frankie dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih. - Foto Bernama.

KEMAMAN - Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) polis di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih ditutup petang Rabu selepas pencarian Operasi hari keempat mencari dan menyelamat (SAR) kedua mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih dekat sini gagal menemui sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penutupan pos itu juga disebabkan ramalan dikeluarkan jam 3.55 petang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung amaran hujan lebat dan ribut petir sehingga 7 malam Rabu.

Iklan
Iklan

"Kita terpaksa tutup PKTK hari ini namun polis tetap akan bantu pihak bomba lakukan SAR. Pos Kawalan Hadapan JBPM pula akan dibuka dan sambung semula esok untuk teruskan pencarian.

"Selain itu, cuaca tidak mengizinkan untuk pasukan jalankan pencarian maka operasi ditangguhkan pada jam 5 petang dan ia akan sambung semula esok (khamis) jam 9 pagi.

Iklan

"Saya sebagai Ketua Polis Daerah Kemaman mengingatkan semua agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan mencari hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencarian daripada jabatan masing-masing sebab tidak mahu ada tragedi dalam tragedi," katanya kepada pemberita semasa sidang media pada Rabu.

Sebelum ini, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Iklan

Setakat ini lapan mangsa ditemui lemas termasuk termasuk dua mangsa ditemui pada Ahad iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, orang ramai boleh memasuki kawasan jeram berkenaan untuk berkelah namun perlu mendapatkan permit sebelum pergi ke lokasi tersebut.

"Sila dapatkan permit. Mereka nak pergi berkelah, tanyalah penduduk tempatan dan datang ke balai polis berhampiran," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, dua Pos Kawalan Hadapan JBPM dibuka iaitu di Kampung Seberang Tayor dan jeti awam Kampung Pasir Minal.

"Kami akan meneruskan SAR di Sektor A (lokasi kejadian) dan Sektor C di sepanjang Sungai Teladas sehingga ke Kuala Kemaman.

"Operasi SAR esok masih tertumpu di Sektor A di mana 60 peratus lagi belum' cover' dan juga di sektor C manakala di sektor B akan ' swap' dengan Unit K9 untuk kerja 'flushing' di semua kawasan sebelum keputusan lanjut dijalankan.

"Saya sebagai Komander Operasi 2 tidak benarkan lagi mana-mana pihak masuk kawasan SAR dan ia hanya akan dibuka kepada orang awam selepas operasi ditamatkan," jelas beliau.



Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3