Sanggup letak minyak brek motosikal di gigi

Iklan
Keadaan muka pesakit membengkak selepas dia bertindak menyapi minyak brek motosikal pada giginya yang sakit.

KOTA BHARU – Tidak sanggup bertemu doktor, menyebabkan seorang lelaki sanggup menggunakan petua pelik iaitu menyapu minyak brek motosikal pada gigi.

Menerusi perkongsian Facebook Happy Wee, Dr Wee Sin Hua berkata, pesakit ini dikatakan menderita apabila gigi geraham bahagian atas, mengalami kerosakan sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Entah bagaimana katanya, pesakit ini sanggup menyapu minyak brek motosikal bagi menghilangkan kesakitan.

"Apabila mendapati sakitnya mula reda ketika kali pertama menggunakan idea itu, dia mengulangi teknik sama, beberapa minggu kemudian.

Iklan

"Malangnya ia bukan sahaja tidak meredakan kesakitan malah menyebabkan gusinya membengkak,” katanya semalam.

Wee yang bertugas di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2) berkata, pesakit ini mungkin berasa takut dengan doktor gigi dan mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dengan seorang doktor perubatan.

Iklan

Selepas seminggu Happy Wee berkata, ubat tahan sakit dan antibiotik tidak membantu mengurangkan kesakitan malah menyebabkan bengkak pada gusi semakin membesar.

"Lain yang diharap, lain pula yang terjadi kerana dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di HRPZ 2, selepas mukanya membengkak dan mengeluarkan nanah.

"Lebih malang, pada hari ketiga dimasukkan ke ICU, nanah semakin banyak dan memaksa rawatan dibuat oleh doktor pakar,” katanya semalam.

Happy Wee berkata, hasil ujian mendapati pesakit itu dijangkiti ‘septic encephalopathy’ iaitu jangkitan yang boleh membawa maut.

Hanya selepas seminggu di ICU katanya, keadaan pesakit menunjukkan perkembangan positif.