SPRM lancar TikTok didik masyarakat tolak rasuah

Iklan
Azam melancarkan akaun rasmi Tik Tok SPRM pada Penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM 2023 di sebuah hotel pada Rabu.- Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Pemilihan konsep muda mengikut zaman akan diterapkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha mencegah amalan rasuah dalam kalangan masyarakat.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihak penguat kuasa seperti SPRM perlu mengamalkan konsep tersebut agar terus kekal relevan dan dapat mendampingi seluruh lapisan masyarakat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, menerusi konsep muda dan segar, pihaknya berharap usaha dan matlamat akhir mencegah rasuah dapat diterima seterusnya diserap dalam setiap sanubari rakyat Malaysia.

"Kita perlu mengamalkan konsep muda mengikut zaman dan jika ketika ini zaman media sosial, kita di SPRM tidak boleh lagi menjadi 'old school' tetapi perlu 15 tahun kebelakang menjadi muda.

Iklan

"Sekarang adalah zaman teknologi, jadi kami di SPRM juga perlu menggunakan teknologi untuk mendekati seluruh lapisan masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini pada Rabu.

Iklan

Pada program tersebut Azam turut melancarkan akaun TikTok rasmi SPRM sebagai satu platform terkini suruhanjaya itu menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan rasuah.