Ahmad Zahid terima kunjungan KPN baharu

Iklan
Ahmad Zahid terima kunjungan Razarudin di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Rabu. - Foto Facebook Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara baharu, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin dengan pengalaman luas Razarudin dapat membawa Polis Diraja Malaysia ke era yang cemerlang.

Iklan
Iklan

"Selain memenuhi aspirasinya dalam memberi khidmat kepolisan yang profesional, berkualiti dan berintegriti demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

"Syabas dan tahniah atas lantikan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Timbalan Ketua Polis, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa pada 21 Jun lalu.

Pelantikan Razarudin itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.

Iklan