Penyanyi Coco Lee maut selepas bergelut kemurungan

Iklan
Coco Lee. - Foto sumber internet.

PENYANYI terkenal Hong Kong, Coco Lee meninggal dunia pada Rabu selepas bergelut dengan masalah kemurungan.

Menurut kakaknya, Nancy Lee, mendiang sudah lama menderita dengan masalah kemurungan dan keadaannya bertambah buruk sejak kebelakangan ini sebelum ditemukan tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Selepas dikejarkan ke Hospital Queen Mary, Coco, 48, berada dalam keadaan koma sebelum disahkan meninggal dunia pada Rabu.

"Coco bergelut dengan masalah depresi sejak beberapa tahun lalu dan telah mendapatkan rawatan.

Iklan

"Bagaimanapun keadaannya kembali buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya," ujar Nancy menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Tambah Nancy, biarpun sedih dengan perkara yang berlaku, kini fokus mereka dua beradik adalah untuk menjaga ibu yang semakin tua.

Iklan

"Coco sebelum ini telah bekerja tanpa penat lelah untuk memperkenalkan penyanyi Cina dalam persada muzik antarabangsa. Kami bangga dengannya.

"Kini, tanggungjawab terbesar kami adalah untuk menjaga ibu yang sudah tua. Saya harap semua orang mendoakan wanita tua ini dan beri kami masa serta ruang untuk pulih daripada kesedihan ini," tulisnya.

Penyanyi yang sudah 30 tahun berada dalam industri seni itu sering dijadikan rujukan selepas berjaya menjadi bintang dari Hong Kong yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat.

Memulakan karier pada 1994, Coco sudah melancarkan 15 buah album dengan jumlah jualan sebanyak 10 juta unit.

Single berbahasa Inggeris, Do You Want My Love pernah menduduki tangga keempat carta Billboard pada Disember 1999.