Pesaing Twitter, Threads dilancar secara rasmi

Iklan
Syarikat induk Facebook Meta pada Rabu secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya. - Foto AP.

WASHINGTON - Syarikat induk Facebook Meta pada Rabu secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.

Dibangunkan oleh pasukan Instagram, aplikasi baharu itu bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.

Iklan
Iklan

Menurut syarikat itu, hantaran boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto dan video yang panjangnya sehingga lima minit.

"Kami sedang berusaha untuk menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial yang terbuka dan saling beroperasi yang kami percaya boleh membentuk masa depan internet," lapor Agensi Anadolu memetik syarikat itu.

Iklan

Menerusi hantaran Threads, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata visi aplikasi baharu itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk perbualan.

"Kami berharap untuk membawakan perkara terbaik dilakukan Instagram dan mewujudkan pengalaman baharu mengenai teks, idea dan membincangkan perkara yang ada dalam fikiran anda," tulisnya.

Iklan

Aplikasi Threads tersedia di lebih 100 negara untuk pengguna iOS dan Android, tambahnya. - Bernama.