Lelaki maut dirempuh kereta api

Iklan
Anggota polis mengusung jenazah Muhamad Aqil Irfan yang dipercayai maut selepas dirempuh kereta api dalam kejadian di Kampung Tanjong, Pasir Mas pada Khamis.

PASIR MAS - Seorang lelaki maut dipercayai dirempuh kereta api di Kampung Tanjong, di sini pada Khamis.

Mayat mangsa, Muhamad Aqil Irfan Izwan, 23, ditemui pada jam 4.30 pagi di lokasi.

Iklan
Iklan

Bapanya, Izwan Yusof, 51, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu pada jam 7.30 pagi selepas dimaklumkan oleh adik iparnya.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan anak dua hari lalu, ini kerana arwah tinggal bersama datuknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Iklan

Menurutnya, kali terakhir Muhamad Aqil Irfan berhubung dengan abangnya, Muhamad Zuhairi, 28, yang tinggal di Johor pada Rabu.

Ujarnya, Muhamad Zuhairi memberitahu adiknya itu menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp untuk meminta maaf.

Iklan

Izwan memberitahu, arwah berbuat demikian kerana tidak sempat berjumpa abangnya yang bertolak pulang ke Johor.

"Jenazah arwah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Kampung Jejulok selepas bedah siasat dijalankan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.