Remaja cekik adik direman tujuh hari

Iklan
Remaja berusia 14 tahun itu ketika dibawa keluar dari van polis menuju ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

MELAKA - Remaja lelaki yang dipercayai mencekik adiknya hingga menyebabkan kematian direman selama tujuh hari bermula Khamis hingga 12 Julai ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Melaka.

Iklan
Iklan

Remaja berusia 14 tahun dan merupakan pelajar sebuah sekolah menengah itu dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi dengan berpakaian reman berwarna ungu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan remaja dipercayai mencekik adiknya hingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu di sini, pada Rabu tidak mempunyai seberang rekod masalah disiplin.

Iklan

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia sembilan tahun ditemui jirannya di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa murid Tahun Tiga itu oleh orang awam sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

Iklan

Bapa mangsa, Najli Yakob, 42, tidak menyangka keceriaan tiga beradik makan serta bergelak tawa sehari sebelum kejadian adalah kenangan terakhir mereka bersama.

Menurutnya, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, sememangnya rapat dengan abang sulung berusia 14 tahun itu, namun kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai tukang urut, mendakwa anaknya sebelum ini pernah memberitahu dibuli dan percaya kesan perbuatan tersebut telah menyebabkan dia mengalami trauma hinggakan sering meracau sebelum berakhir dengan tragedi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang

Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama

Remaja cekik adik, tidak ada masalah disiplin - Polis