$JDT Fan Token hargai penyokong Harimau Selatan

Iklan
Sebahagian pemain JDT menyempurnakan gimik pelancaran.

PELANCARAN $JDT Fan Token oleh kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membantu perkembangan skuad Harimau Selatan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Unit Komersial JDT, Kevin Ramalingam, pengenalan terhadap $JDT Fan Token merupakan cebisan idea daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ selaku pemilik kelab yang telah menjangkau usia sedekad itu.

Iklan
Iklan

Malah katanya, pelancaran $JDT Fan Token juga bertujuan bagj menghargai penyokong dan membawa mereka lebih dekat dengan melibatkan pandangan penyokong dalam perkara yang akan dilakukan pada masa depan.

"Menerusi pemilikan token tersebut, penyokong JDT dapat menyuarakan pendapat mereka menerusi undian yang akan dibuat menerusi platform Socios.com.

Iklan

"Contohnya, menerusi pemilikan token ini, penyokong dapat membuat undian apa gaya 'celebration' yang akan dilakukan Arif Aiman Hanapi pada perlawanan akan datang. Sebelum ini, kita telah membuat undian untuk meletakkan nama 'Arif' sahaja pada jersi pemain sayap itu.

"Mungkin selepas ini, kita akan mẹmbuat undian apa nombor jersi yang akan dipakai Arif Aiman dan sebagainya. Perkara ini yang akan mendekatkan penyokong dengan kelab, mereka ada kuasa memutuskan perkara ini dan merasakan mereka sebahagian penting kepada JDT," katanya.

Iklan

Kevin berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran $JDT Fans Token di sebuah pusat beli-belah terkemuka Johor Bahru, malam Rabu.

Ia juga boleh dipindah milik, namun nilainya mungkin akan meningkat pada masa akan datang.

Difahamkan, bagi peringkat permulaan, dianggarkan sejumlah 50,000 $JDT Fan Token sahaja yang boleh dimiliki.

Katanya, ini merupakan cara JDT menghargai penyokong kelab dengan mengambil bahagian dalam keputusan yang diambil selain menerima keistimewaan lain yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu Kevin berkata, JDT merupakan kelab pertama di negara ini yang menggunakan Fan Token yang turut digunakan oleh kebanyakan kelab tersohor Eropah seperti AC Milan, Paris Saint German (PSG), Arsenal, Juventus dan lain-lain.

"JDT telah berkembang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dengan kepimpinan Tunku Mahkota Johor yang bervisi antarabangsa, dengan kejayaan yang di lakar.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu melupakan penyokong yang berdiri teguh bersama kita selama ini dan pemilikan token ini mampu meletakkan penyokong JDT setanding dengan penyokong kelab Eropah ini kerana menggunakan token dalam platform yang sama.

"Kita harap token ini menjadi sesuatu yang bernilai pada masa akan datang," katanya.