Tanding PRN: Tunggu hari penamaan calon - Altimet

Iklan
Altimet - Foto Instagram Altimet

PENYANYI rap dan komposer terkenal, Altimet tidak mengiyakan atau menafikan spekulasi yang mengatakan dia bakal bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan datang.

Bagaimanapun, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, menyatakan kesediaannya untuk bertanding sekiranya dipilih pada hari penamaan calon nanti.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini saya belum mendengar apa-apa lagi, jadi kena tunggu hari penamaan calon dulu.

"Jika nama saya dicalonkan, mahu tidak mahu saya kena bersedialah. Cuba buat yang terbaik, insya-ALLAH. Kalau ditakdirkan untuk benda lain, saya juga akan buat yang terbaik,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mengulas tentang tanggapan sesetengah pihak yang merasakan calon dalam kalangan selebriti kurang mendapat kepercayaan ramai dalam siri pilihan raya terdahulu, Altimet yang merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang itu mempunyai pandangannya sendiri.

"Tanggapan inilah yang harus diperbetulkan dan kita perlu berlaku adil pada semua. Jadi mungkin kami golongan artis perlu buktikan sesuatu.

Iklan

"Dari segi kepercayaan atau keyakinan politik terpulang kepada individu. Ada orang yang tengok calon, tak kisah parti mana dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Amboi itu dilaporkan pernah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun lalu kerana masih belum bersedia untuk menggalas cabaran.