Mount sarung jersi keramat United

Iklan
Mount akan memakai jersi nombor tujuh di United.

MANCHESTER United telah menandatangani pemain tengah Mason Mount dari Chelsea dengan kontrak lima tahun dan pilihan lanjutan setahun.

Pemain England berusia 24 tahun itu yang bermula di akademi Chelsea dan mempunyai baki setahun dalam perjanjiannya, telah ditandatangani oleh United dengan harga £55 juta (RM355 juta) menurut laporan media Britain.

Iklan
Iklan

"Tidak mudah meninggalkan kelab di mana anda dibesarkan, tetapi Manchester United akan memberikan cabaran baharu yang menarik untuk fasa seterusnya dalam karier saya.

"Setelah bersaing dengan mereka, saya tahu betapa kuatnya skuad yang saya sertai, dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada pasukan untuk untuk memenangi trofi utama.

Iklan

"Semua orang dapat melihat bahawa kelab telah membuat langkah besar ke hadapan di bawah Erik ten Hag. Setelah bertemu dengan pengurus dan membincangkan rancangannya, saya teruja untuk musim-musim akan datang, dan bersedia untuk kerja keras yang diharapkan di sini," kata Mount.

Mount membuat penampilan sulung pada 2017, menjaringkan 33 gol dan mencatatkan 37 bantuan gol dalam 194 penampilan semua pertandingan di Stamford Bridge selain membantu Chelsea merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Iklan

"Saya sangat bercita-cita tinggi. Saya tahu betapa menakjubkan memenangi trofi utama dan apa yang diperlukan untuk melakukannya. Saya akan memberikan segalanya untuk mengalaminya sekali lagi di Manchester United," katanya.

Mount juga ditawarkan jersi keramat United yang pernah disarung George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo ketika berunding dengan pengendalinya, Erik ten Hag.

Bagaimanapun tidak semua pemilik jersi nombor tujuh United sebelum ini memenuhi jangkaan terhadap mereka.

Angel Di Maria, Memphis Depay, Michael Owen dan Antonio Valencia antara 10 nama yang pernah menyarung jersi ikonik itu tetapi gagal menyerlah di Old Trafford.