Kayu hoki pertama bercorak batik berjenama Bandakaba

Iklan
Shamsul Iskandar dan Hugh Brian Tesera (kanan) di majlis Pelancaran dan Penyerahan Sumbangan Kkayu Hoki jenama Bandakaba keluaran Sportivo Active kepada SK Ayer Molek dan SK Dato Palembang hari ini.

MELAKA TENGAH - Sebuah syarikat pengeluar barangan sukan tempatan memilih Bandakaba sebagai jenama kayu hoki keluarannya sempena nama sebuah perkampungan Melayu di Melaka iaitu Banda Kaba yang banyak melahirkan ramai jaguh hoki bertaraf dunia.

Antara nama besar di dalam sukan itu termasuklah Syed Bakar, Razak Leman, Bakar Said, Samad Said, Mohd Zuki, Rosli Leman, Ng Kok Guan, K Embaraj, K Damaraj, Datuk Minarwan Nawawi, Chua Boon Huat dan Ariffin Ghani.

Iklan
Iklan

Menariknya, kayu hoki yang dihasilkan syarikat dikenali Sportivo Active Sdn Bhd itu turut meletakkan corak batik bagi mengetengahkan hasil seni tangan negara ini.

Pengarahnya, Hugh Brian Tesera berkata, idea menghasilkan kayu hoki itu timbul selepas beliau menyertai satu kejohanan hoki veteran di Singapura.

Iklan

"Ketika hendak membeli sebatang kayu hoki, saya mendapati harganya amat mahal dan daripada situ timbul inisiatif untuk menghasilkan kayu hoki sendiri yang mampu dimiliki pelajar dan dijamin kualitinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk berkenaan oleh Timbalan Menteri Perindustrian Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di sini hari ini.

Iklan
Kayu hoki bercorak batik bertujuan mengetengahkan hasil seni tangan negara ini.

Turut diadakan majlis penyerahan kayu hoki berkenaan kepada dua buah sekolah di Melaka yang giat membangunkan sukan berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek dan SK Dato' Palembang.

Menurutnya, syarikat berkenaan mengambil masa selama setahun untuk menguji kayu hoki berkenaan oleh pasukan hoki remaja negeri dan beberapa buah sekolah sukan sebelum dipasarkan.

Sementara itu, Shamsul berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri memikirkan secara serius untuk mewujudkan satu program komprehensif dan tersusun melibatkan bekas pemain hoki kebangsaan berasal dari Melaka.

"Cadangan saya kerajaan negeri dapat menghimpunkan semula mereka dan mengajak mereka terlibat menjayakan agenda negeri terutama dalam bidang sukan hoki," katanya.