MIC, MCA tak tanding PRN: PH serah pada BN - Nik Nazmi

Iklan
Nik Nazmi

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) susulan keputusan MCA dan MIC tidak bertanding dan hanya akan membantu parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan dua parti komponen BN itu mungkin telah dibincangkan terlebih dahulu sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Mereka (MIC dan MCA) merupakan sebahagian parti komponen BN dan mungkin ada perbincangan sebelum ini.

"Itu saya serahkan kepada BN," katanya ketika dalam sidang media mesyuarat pelantikan Panel Penasihat Perubahan Iklim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, MCA dan MIC membuat keputusan untuk tidak menyertai PRN yang bakal berlangsung pada bulan Ogos.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran menegaskan keputusan parti tersebut untuk tidak bertanding di enam negeri selepas bermesyuarat pada 30 Jun lalu.

Iklan

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, setakat ini penggunaan logo parti tidak menjadi masalah walaupun terdapat gabungan politik yang ingin menggunakan logo masing-masing.

"Kerjasama antara PH dan BN adalah baik.

"Saya baru sahaja pulang dari Kelantan dan alhamdulillah setiap tempat saya pergi ada teman-teman daripada BN yang turun bekerjasama dengan PH," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN bincang keputusan MCA, MIC tidak tanding PRN

MCA tidak tanding PRN di enam negeri

MIC tidak bertanding pada PRN bulan depan