PSG tidak akan lepaskan Mbappe percuma

Iklan
Mbappe

PENYERANG Paris St Germain, Kylian Mbappe mesti menandatangani kontrak baharu kerana juara Perancis itu tidak akan membenarkannya pergi secara percuma tahun depan, kata presiden kelab Nasser Al-Khelaifi.

Mbappe menghantar surat kepada PSG bulan lalu menyatakan bahawa dia tidak berhasrat untuk melanjutkan kontraknya, yang akan tamat pada 2024.

Iklan
Iklan

PSG berdepan dilema untuk membenarkan Mbappe menghabiskan tahun terakhir kontraknya dan tidak dapat mendapatkan semula €180 juta yang mereka belanjakan pada 2017 untuk menandatanganinya dari AS Monaco.

"Pendirian saya sangat jelas. Saya tidak mahu mengulanginya setiap kali. Kami mahu dia kekal. Tetapi dia perlu menandatangani kontrak baharu.

Iklan

"Kami tidak mahu kehilangan pemain terbaik di dunia secara percuma, kami tidak boleh melakukannya. Ini adalah kelab Perancis.

"Dia berkata dia tidak akan pergi secara percuma. Jika dia berubah fikiran hari ini, itu bukan salah saya. Kami tidak mahu kehilangan pemain terbaik di dunia secara percuma, itu sangat jelas," katanya.

Iklan

Mbappe merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 dalam lima musim terakhir dan PSG mahu mengekalkan khidmatnya setelah kehilangan Lionel Messi secara percuma.

Messi, pemenang Ballon d'Or tujuh kali, memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya untuk berpindah ke Inter Miami.