NRECC, kerajaan negeri bekerjasama tangani isu konservasi hutan

Iklan
Nik Nazmi

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani isu konservasi hutan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kawasan berhutan di negara hari ini adalah seluas 54.6 peratus daripada keluasan tanah negara, berbanding dengan komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan hutan dan dilitupi pokok-pokok.

Iklan
Iklan

"Kerajaan membuat peningkatan besar menerusi pindahan fiskal ekologi daripada RM70 juta kepada RM150 juta selain menambah bilangan renjer sebagai usaha memulihara hutan di setiap negeri.

"Perbincangan bersama kerajaan negeri bagi usaha ini akan diteruskan terutama dalam menghadapi cabaran iklim,” katanya dalam sidang media mesyuarat pelantikan Panel Penasihat Perubahan Iklim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

Iklan

Ujar Nik Nazmi, Malaysia memainkan peranan penting dalam pemuliharaan hutan lebih-lebih lagi peningkatan pembangunan dan industri turut menyumbang kepada masalah perubahan iklim.

Tambahnya, setiap negara perlu melaksanakan pelarasan antara alam sekitar dan juga pembangunan industri bagi membantu mengekalkan hutan supaya terus dipelihara.

Iklan

"Cabaran paling utama perubahan iklim adalah memastikan keseimbangan dan keadilan pemuliharaan alam sekitar di peringkat global,” katanya.