Elak cukai, bekas Presiden El Salvador dipenjara enam tahun

Iklan
Mauricio Funes

MEXICO CITY - Bekas presiden El Salvador, Mauricio Funes, dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana mengelak cukai, umum Pejabat Peguam Negara pada Rabu.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan hukuman itu dijatuhkan hanya lebih sebulan selepas Funes dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dalam perbicaraan berasingan.

Iklan
Iklan

Pada Mei, bekas presiden berhaluan kiri itu didapati bersalah melakukan pakatan haram dengan kumpulan penjenayah.

Dalam perbicaraan terbaharu, bekas ketua negara itu dituduh telah mengelak cukai kira-kira AS$85,000 (RM396,015). Beliau didenda AS$200,000 (RM931,800).

Iklan

Funes menerajui negara itu dari 2009 hingga 2014. Beliau kini tinggal di Nicaragua selepas menerima suaka dan kewarganegaraan.

Nicaragua tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan El Salvador. - Bernama-dpa

Iklan