PRN: Tiket 'kelik' Kelantan masih belum dijual

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KOTA BHARU - Syarikat bas, Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) masih belum membuka jualan tiket balik ke Kelantan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Kenyataan syarikat berkenaan sekali gus menafikan dakwaan jualan tiket bas secara dalam talian untuk balik mengundi sudah habis terjual.



"Kita masih belum membuka jualan tiket untuk bulan Ogos," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan
Iklan

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang mendakwa jualan tiket secara dalam talian untuk balik mengundi sudah habis terjual.

Ahli Parlimen Pas itu turut mendakwa, harga tiket kapal terbang juga bukan calang-calang menjelang PRN itu nanti.

Iklan

Ujarnya, difahamkan tiket tersebut mencecah harga kayangan di mana pergi balik hampir RM1,000 seorang.

Sementara itu, seorang ejen tiket yang mahu dikenali sebagai Yati memberitahu, jualan untuk perjalanan bulan Ogos masih belum dibuka.

Iklan

Katanya, apa yang didakwa oleh ahli politik itu tidak wajar kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama yang mempunyai perancangan untuk menaiki kenderaan awam untuk pulang mengundi.

"Kepada perantau, jangan bimbang. Tiket ada," ujarnya.