KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel diseleweng

Iklan
Rampasan dibuat menerusi Op Tiris bersama PDRM di tiga stesen minyak dan sebuah stor pengumpulan minyak diesel di Paka dan Kertih pada pagi Khamis. - Foto hiasan/123RF

DUNGUN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 45,630 liter diesel serta peralatan dianggarkan bernilai lebih RM313,104, yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyelewengan di sekitar Paka dan Kertih pagi Khamis

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan termasuk tiga stesen minyak dan sebuah stor pengumpulan minyak diesel kira-kira 1 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, turut ditahan tiga lelaki berusia lingkungan 20-an yang mengaku bekerja sebagai pemandu lori diesel berkenaan.

"Serbuan bermula 1 pagi ini disertai 11 anggota penguat kuasa KPDN dan 12 anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Iklan

"Hasil maklumat orang awam kita telah menjalankan siasatan dan risikan selama sebulan sebelum serbuan dilakukan," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Saharuddin berkata, ketika serbuan, anggota penguat kuasa menahan empat lori yang sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang diubah suai.

Iklan

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dikenakan denda hingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Minyak diesel, kenderaan lori tangki, peralatan dan beberapa dokumen telah disita untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama