KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini ditangguhkan pada jam 5 petang tadi.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi mencari mangsa akan diteruskan jam 8 pagi Jumaat.
"Kita sudah 'cover' keseluruhan operasi meliputi sektor A, B dan C. Jadi kita tumpu di kawasan ada 'point interest' yang dijalankan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan unit anjing pengesan (K9).
"Kita juga ada buat selaman di beberapa tempat di sektor A namun tiada sebarang petunjuk positif diterima.
"Setakat operasi pada hari ini kita percaya mangsa berada di sektor A dan B selain ada keberangkalian mangsa berada di kawasan darat," katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini pada Khamis.
Ahad lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu keluarga tersebut dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.
Setakat ini, lapan jasad sekeluarga mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak lima hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.
Mengulas lanjut, Azman berkata, pihaknya berusaha dari masa ke semasa untuk mengesan dua lagi mangsa yang hilang.
"Pencarian SAR masih diteruskan beberapa hari lagi dan akan dimaklumkan maklumat lanjut berhubung perkara itu (tempoh pencarian)," jelas beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati
Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa
Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata
'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'
Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3