Langkah tetap didik masyarakat tolak rasuah menerusi TikTok

Iklan
Dr Azahar Kasim.

SHAH ALAM - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendidik masyarakat menolak rasuah menerusi platform media sosial TikTok adalah tepat.

Pengerusi Rasuah Busters Peringkat Negeri Kedah, Dr Azahar Kasim berkata, ia dalam usaha mendekati masyarakat khususnya golongan muda perlu menggunakan teknologi dan perkembangan semasa.

Iklan
Iklan

"Pengguna umur 18 tahun dan ke atas wajib didedahkan dengan rasuah sebelum memasuki alam pekerjaan.

"Pengisian video durasi pendek yang dimuat naik di TikTok berkenaan rasuah boleh diambil dari sudut pendidikan untuk menyedarkan anak muda tentang jenayah itu, selain hanya melihat konten berunsur hiburan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melancarkan akaun rasmi TikTok SPRM pada penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM 2023.

Pemilihan konsep muda mengikut zaman itu diterapkan SPRM sebagai usaha mencegah amalan rasuah dalam kalangan masyarakat.

Iklan

Azahar yang merupakan pensyarah kanan program Teknologi Media di Universiti Utara Malaysia turut berpandangan, anak muda menggunakan telefon pintar dan media sosial secara tidak langsung menonton kandungan mencegah isu rasuah serta mengambil ilmu daripadanya.

"Mereka adalah golongan yang menjadi pemerhati kepada kerajaan, tambahan pula apabila sudah boleh mengundi, segala perlakuan semasa pilihan raya perlu terhindar daripada elemen rasuah.

"Sekiranya anak muda tidak melakukan perkara yang betul, kesannya akan dirasai pada masa 20 tahun kelak,” ujar beliau.